Leluhur dan keluarga Qusai_bin_Kilab

Leluhur

Leluhur (Keturunan) dari Qusai ke atas adalah Kilab, Murrah, Kaab, Luay, Ghalib, Fahr, Malik, Nazar, Kinanah, Khuzamah, Mudrikah, Ilyas, Mazar, Nazar, Ma'ad bin Adnan.[1] Menurut beberapa riwayat Adnan dianggap adalah anak Nabi Ismail a.s. dimana baginda merupakan anak pertama Nabi Ibrahim a.s..

Selain itu beberapa sejarawan menyatakan bahawa, nama asal Qusai adalah Fahr, anak Malik, Madar, Kinanah, Khuzaimah, Mudrikah, Ilyas, Mazar, Nazar, Ma`ad bin Adnan, Ismail, Ibrahim, Sam, Nuh.[2]

Adapun begitu terdapat sumber lain yang mengatakan leluhur keturunan Qusai ialah seperti berikut:[3]

Bahagian pertama: Muhammad bin ‘Abdullah (Nabi Muhammad ) bin ‘Abdul-Muttalib (yang dipanggil Syaibah) bin Hashim, (bernama ‘Amr) bin ‘Abd Manaf (dipanggil Al-Mugheera) bin Qusai (juga Zaid) bin Kilab bin Murra bin Ka‘b bin Lo’i bin Ghalib bin Fahr (yang dipanggil Quraisy dan dari situlah kaum Arab Quraisy mendapat nama) bin Malik bin An-Nadr (juga dipanggil Qais) bin Kinana bin Khuzaiman bin Mudrikah (juga dipanggil ‘Amir) bin Elias bin Mudar bin Nizar bin Ma‘ad bin ‘Adnan.

(Ibn Hisham 1/1,2; Talqeeh Fuhoom Ahl Al-Athar, halaman. 5-6; Rahmat-ul-lil'alameen 2/11-14,52)

Bahagian kedua: ‘Adnan bin Add bin Humaisi‘ bin Salaman bin Aws bin Buz bin Qamwal bin Obai bin ‘Awwam bin Nashid bin Haza bin Bildas bin Yadlaf bin Tabikh bin Jahim bin Nahish bin Makhi bin Aid bin ‘Abqar bin ‘Ubaid bin Ad-Da‘a bin Hamdan bin Sanbir bin Yathrabi bin Yahzin bin Yalhan bin Ar‘awi bin Aid bin Deshan bin Aisar bin Afnad bin Aiham bin Muksar bin Nahith bin Zarih bin Sami bin Mazzi bin ‘Awda bin Aram bin Qaidar (Kedar) bin Ismail bin Ibrahim

(Rahmat-ul-lil'alameen 2/14-17)

Bahagian ketiga: Selepas Nabi Ibrahim a.s., bapanya Ibn Tarih (Azar) bin Nahur bin Saru‘ bin Ra‘u bin Falikh bin Abir bin Shalikh bin Arfakhshad bin Sam bin Nuh , bin Lamikh bin Mutwashlack bin Akhnukh [yakni Nabi Idris a.s.] bin Yarid bin Mahla’il bin Qainan bin Anusha bin Shith bin Adam.

(Ibn Hisham 1/2-4; Rahmat-ul-lil'alameen 2/18; Khulasat As-Siyar halaman.6)

Keluarga

Ayah Qusai yang bernama Kilab bernikah dengan Fatimah, mereka memiliki dua orang putera iaitu Qusai sendiri dan Zuhrah bin Kilab. Ayah Qusai meninggal dunia pada saat Qusai masih kecil, kemudian Ibu Qusai bernikah dengan Rabi'ah dan mengikutnya ke Syria. Kerana timbul perselisihan antara Qusai dengan suku Rabi'ah, maka Qusai telah kembali ke Makkah.[1]

Di Makkah, Qusai telah bernikah dengan anak perempuan Hulayl, pemimpin Bani Khuzaah. Hulayl mengganggap Qusai seperti anaknya sendiri—sesuatu hal yang tidak lazim pada Bangsa Arab masa itu. Setelah Hulayl meninggal dunia, ditetapkan bahawa Qusai menggantikan mertuanya menjadi pimpinan Makkah dan penjaga Kaabah.[4]

Sejak itu Qusai membawa anggota Quraisy yang merupakan keluarga terdekatnya untuk tinggal di Makkah, berdekatan dengan Kaabah. Diantaranya adalah Zuhrah bin Kilab, saudaranya; Taym, pakciknya; Makhzum, anak pakciknya yang lain. Mereka ini dan keturunannya kemudian dikenali sebagai kaum Quraisy Lembah, sementara sanak-saudara Qusai yang lain tinggal lebih jauh dari Makkah dikenali sebagai Quraisy Pinggiran. Qusai memerintah mereka bagaikan raja dengan kekuasaan yang tidak tertandingi. Mereka membayarnya saban tahun dengan kambing biri-biri sebagai cukai, sehinggakan beliau dapat menyediakan makanan untuk jamaah Haji yang tidak mampu. Dan kemudian beliau memerintahkan kepada penduduk yang hanya menggunakan tenda, untuk membuat rumah secara tetap setelah membangunkan sebuah pusat pertemuan umum berdekatan Kaabah yang bernama Dar an-Nadwah atau Rumah Majlis.[4]

Keturunan

Qusai memiliki 4 orang putera[4], pendapat lain menyebut beliau memiliki 2 orang putera.[1] Anak yang tertua adalah 'Abd al-Dâr yang kemudian menurunkan Bani 'Abd al-Dâr. Anaknya yang lain adalah 'Abd al-Manâf yang menurunkan Bani 'Abd al-Manâf. Seterusnya anak ketiga ialah 'Abd, manakala puteranya yang terakhir diketahui ialah 'Abd al-'Uzza yang menurunkan Bani Asad.[2]

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Kilab bin Murrah
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Qusai
(lahir 400)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Zuhrah
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
'Abd al-'Uzza
 
 
 
'Abd al-Manâf
(lahir 430)
 
 
 
Abd al-Dâr